Isnin, 20 Januari 2014

Petronas Green Rocket Bunny

Kit Speedhunters Rocket Bunny ni dapat dari Wak Jol. 
Pertama kali buat kit dengan parts yang kecik² dan pening nak cabut, pasang balik. terutama side mirror, dan door handle. Sakit jiwa kalau salah satu benda tu hilang. Dan axle tayar tak cukup sifat satu.
Dan juga pemasangan lampu depan belakang yang tertinggal sebab dari awal dah gam terus bumper depan belakang. Takpe lah. Pengajaran.



Ini hasil setelah dua minggu lebih kut bertapa dalam bilik. Dengan cuaca tak menentu. Dapat jugak siapkan dengan keadaan yang tak seberapa. Spray salah teknik. dan decals yang bergulung selepas spray clear. adui. Banyak masalah projek ni. tapi hasil akhir dia boleh la, puas hati jugak bila dah pasang habis.

Kit Rocket Bunny.
Spray Anchor. 
Warna: Hijau Petronas.
Kod warna: 62

Lebih gambar bakal menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan