Sabtu, 1 Disember 2012

Next Project: Toyota Celica XX 2800GT


Maybe. Tunggu masa dan saat untuk disambar.

Update. Akhirnya, kereta ini pun akan disambar sabtu ini. Celica ni ten hachi daburu ekkusu. (Celica 2.8 XX)

Pernah diperkatakan dalam Wangan Midnight, aku google dan terus berminat. Lagipun pernah dah sekali dua berjumpa kereta ni bila ada sesi Teh Tarik (TT) dengan ahli forum. Lawa kereta ni. Minat kereta lama lah katakan. 

Ok. Salam Jumaat.

Jumaat, 30 Mac 2012

[complete] Honda Stepwgn Mugen

First time buat MPV.. best jugak.

pandangan sisi MPV gelap..

buleh jadi MPV gerak khas ni.. 

Rasanya aku hari tu salah beli tin spray, terbeli motor punya spray. Tapi dah alang² terbeli, try and error la jawabnya. Sudahnya, jadiklah warna macam di atas. Huh, buleh tahan la jugak dalam tersalah beli tu. 

Lepas ni rancang nak buat MPV lagi lah.. keh keh keh.

Ahad, 25 Mac 2012

[WIP] Honda Stepwgn Mugen

Oleh kerana kekasih gelap kesayangan aku ditinggalkan di kuantan buat seketika, aku tak dapat nak hidup sangat dalam seminggu di Bahau ni. Banyak cerita aku nak layan, tapi nak buat macam mana. Nak bawak atas motor, memang macam haram besar.

Jadinya, cuti seminggu ni aku nak isi dengan kerja-kerja bengkel di HAN Motorsports. Yeah. Nak harap lekat kat buku, memang kirim salam maut. Buleh sentuh, tapi beracun. 

Ok, ini baru permulaan, sebab aku tak tau nak decide lagi warna apa untuk si Stepwgn ni. Sekadar berkongsi progress yang telah berjalan selama cuti ni. Nikmatilah sebelum ia sejuk.


Ini hasil kerja dry fit. Sekadar mencuba try dan test kesesuaian model kit ni bila dah pasang tayar.

Baru memasang bodykit Mugen untuk model ni. Agak payah sebab macam tak fit je. Haha. noob.

 Test fitting bersama tayar..

Seat dipasang.

Ok, setelah ditesting pasang cermin, dan juga lampu belakang..

Akan diupdate lepas ni. Tunggu post terbaru.

Rabu, 29 Februari 2012

Bakal Masuk Bengkel [Part II]


Honda Stepwgn Mugen. OK, ini ialah projek terbaru yang bakal dilaksana, tak tau lagi bila. Barang ni pun baru je sampai tengah hari tadi. Sekali sekala, kena buat tajuk lain. Kalau kereta sukan aje, sampai bila nak maju. Keh keh keh.


Tajuk MPV. Selama ni tajuk kereta. 

Sabtu, 11 Februari 2012

The A-Team vs Subaru Impreza


Setelah sekian lama berpuasa, hari ini aku berbuka dengan membeli 3 bijik The A-Team Van dan jugak sebijik Subaru Impreza. 

Jumpe beberapa bijik yang best, tapi memikirkan duit macam air, so beli je yang ini dulu. Lain kali, carik lagi. Muahahahaha. Senyum lebar aku hari ni.

Sabtu, 4 Februari 2012

Jumaat, 3 Februari 2012

[Complete] Nissan Skyline GT-R Nismo (R32)

R32 sedang dalam proses spray warna putih.

hasil setelah di spray.

pandangan depan dan sisi belah kanan.

pandangan belakang dan sisi belah kanan jugak.

Ada lagi gambar, nanti bakal diupload. Takde kamera nak shot hasil kerja gua.

[Complete] Honda Prelude Export

Pandangan hadapan encik prelude merah.

dah lama tak praktis spray. hasil dia, buleh la diterima akal.

pandangan belakang, spoiler asal hilang, kena tibai budak kecik agaknya..

abang R32 dalam perjalanan nak di spray pulak..

Sekian. Takde nak tunjuk step² sebab kamera takde. ini pun ihsan adik gua punya kamera.