Sabtu, 20 April 2013

Koleksi 2013

S2000 dan Hachiroku

R32 dan R34. akhirnya ada jugak R34 masuk dalam koleksi.

adik beradik BMW.

Isuzu Giga dan DAF XF95

Holden Ute

Selasa, 5 Mac 2013

[WIP] Toyota Celica 2.8 XX

Oleh kerana mood datang tapi tak berapa menjadi, aku rasa macam tak berapa nak jadiklah WIP kali ni. Rasa macam nak biarkan aje interior stended tanpa sebarang cat/spray/lining whatsoever. Aku nak tumpukan pada exterior dulu. Itupun kalau sempatlah.

akhirnya, AE86 aku dah ada kembar retractable headlight..

pemalas nak buat interior detail.. hahaha..
ini sebenarnya WIP untuk R33.



WIP untuk R33 Tamiya pun aku tengah nak buat jugak. Tapi sebab time dry fit untuk tengok kadar kelegaan kenderaan dari tanah, maka anu rim tersebut senget dan bengkok dan patah. Adei. Melemahkan perasaan aku untuk teruskan buat R33 ni. Mengharapkan ada rim tambahan je sekarang ni sebab aku dah try cantumkan balik, apply glue, nampaknya dia tak melekat sekuat sebelum kejadian patah tu. 

Takpe lah. Teruskan dulu dengan apa yang ada.

Khamis, 3 Januari 2013

Next Project: Nissan Skyline GT-R R33


Akhirnya, dapat jugak aku sambar R33 ni. Hari tu berduka sedikit mintak R33 tapi dapat R32. Ini kali, dapat terus. Nice one bro! 

Tapi, ini mungkin siap dua tahun dari sekarang kut. Dah takde masa sangat untuk buat kerja ni. Praktikal sedia menanti, melainkan aku meluangkan masa time malam untuk buat. Itu pun, tengok semangat kerja lah. Kalau rajin, rajin dan cepat lah R33 ni siap.