Selasa, 5 Mac 2013

[WIP] Toyota Celica 2.8 XX

Oleh kerana mood datang tapi tak berapa menjadi, aku rasa macam tak berapa nak jadiklah WIP kali ni. Rasa macam nak biarkan aje interior stended tanpa sebarang cat/spray/lining whatsoever. Aku nak tumpukan pada exterior dulu. Itupun kalau sempatlah.

akhirnya, AE86 aku dah ada kembar retractable headlight..

pemalas nak buat interior detail.. hahaha..
ini sebenarnya WIP untuk R33.



WIP untuk R33 Tamiya pun aku tengah nak buat jugak. Tapi sebab time dry fit untuk tengok kadar kelegaan kenderaan dari tanah, maka anu rim tersebut senget dan bengkok dan patah. Adei. Melemahkan perasaan aku untuk teruskan buat R33 ni. Mengharapkan ada rim tambahan je sekarang ni sebab aku dah try cantumkan balik, apply glue, nampaknya dia tak melekat sekuat sebelum kejadian patah tu. 

Takpe lah. Teruskan dulu dengan apa yang ada.