Jumaat, 30 Mac 2012

[complete] Honda Stepwgn Mugen

First time buat MPV.. best jugak.

pandangan sisi MPV gelap..

buleh jadi MPV gerak khas ni.. 

Rasanya aku hari tu salah beli tin spray, terbeli motor punya spray. Tapi dah alang² terbeli, try and error la jawabnya. Sudahnya, jadiklah warna macam di atas. Huh, buleh tahan la jugak dalam tersalah beli tu. 

Lepas ni rancang nak buat MPV lagi lah.. keh keh keh.

Ahad, 25 Mac 2012

[WIP] Honda Stepwgn Mugen

Oleh kerana kekasih gelap kesayangan aku ditinggalkan di kuantan buat seketika, aku tak dapat nak hidup sangat dalam seminggu di Bahau ni. Banyak cerita aku nak layan, tapi nak buat macam mana. Nak bawak atas motor, memang macam haram besar.

Jadinya, cuti seminggu ni aku nak isi dengan kerja-kerja bengkel di HAN Motorsports. Yeah. Nak harap lekat kat buku, memang kirim salam maut. Buleh sentuh, tapi beracun. 

Ok, ini baru permulaan, sebab aku tak tau nak decide lagi warna apa untuk si Stepwgn ni. Sekadar berkongsi progress yang telah berjalan selama cuti ni. Nikmatilah sebelum ia sejuk.


Ini hasil kerja dry fit. Sekadar mencuba try dan test kesesuaian model kit ni bila dah pasang tayar.

Baru memasang bodykit Mugen untuk model ni. Agak payah sebab macam tak fit je. Haha. noob.

 Test fitting bersama tayar..

Seat dipasang.

Ok, setelah ditesting pasang cermin, dan juga lampu belakang..

Akan diupdate lepas ni. Tunggu post terbaru.