Rabu, 7 Disember 2011

Bakal Masuk Bengkel

Nissan Skyline GT-R R32

 Honda Prelude

Ok, tak tau bila akan start balik. Bizi dengan program dan exam final dalam 2 minggu lagi. Mungkin akan start sem depan kot. Itupun kalau rajin. Hahaha..

Selasa, 15 November 2011

Project D: Corolla Levin

Ini ialah hasil kerja tangan kali pertama aku. Memang tak lawa la wa cakap lu. Aku ni dah la first time pegang tin spray. Masa nak spray pun comot gilos. Last2, aku cover la pakai decals. Nasib baik la aku beli dua model yang lebih kurang sama, tapi tak serupa. Leh la masuk2kan decals2 sebab model yang satu lagi tu aku nak buat kosong je tanpa ada apa2 decals.. Cuma nak kena spray baik2 la. Apapun, layan la gambar2 noob nih..

hasil kerja tangan, pertama kali memang takkan sempurna..

ni dah buleh buat kedai hakat sendirian berhad, bapak banyak seat dia bagi..

cubaan pertama aku buat interior, guna poster colour je.. Brilliant Red..

ini ialah hasil sebelum. gila serabut aku tengok kesan2 comot. down kejap aku dua tiga hari..

ini ialah hasil terkini. aku dah tambah segala macam decals untuk cover kekurangan..

masa spray clear coat penghabisan.. lantak la comot pun, yang penting siap..

hasil kerja tangan orang yang tak sabar nak siap.. hahahaha..

interior.. maap la, kecik gila tingkap, tak muat kamera nak masuk...

ok babai, gua nak balik kampung dulu.. adius..

InsyaALLAH, projek kedua takkan dilupakan. Ia akan bersambung, mungkin siap sebelum atau selepas raya. Nak pikir idea untuk spray kereta kedua pulak..

p/s: artikel ni dikopi pes dari blog lagi satu. dah lama siap pun..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Hasil Buruan Terbaharu


Nak kata buruan pun, tak jugak sebenarnya.. Sekadar melilau dalam fesbuk abang Maza, dan inilah hasilnya, setelah kata sepakat di capai. Akhirnya, tercapai jugak hasrat aku nak memiliki Honda Insight di samping Subaru Impreza yang payah sangat nak jumpa..

Sekian. Mau layan blues.

Rabu, 21 September 2011

JDM Part I


Belakang: Tomica Honda NSX. Matchbox Honda Civic Type R, Tomica Mazda RX-7 FD3S, Tomica Honda S2000
Tengah: Hot Works Nissan ER34 Skyline Blitz Drift Car 2002-2003, 2006-2007
Depan: Initial D Honda Civic EK9 Type R, Subaru Imprezza, Mazda RX-7 FC3S

Ahad, 18 September 2011

Kereta orang2 kaya bro..


Hot Works Nissan Elgrand, Honda Odyssey, dan Tomica Toyota Alphard

Salam Perkenalan!


 Assalamualaikum. Ini ialah blog persendirian milik aku, untuk berkongsi2 maklumat berkenaan model kit dan diecast yang aku sedang tergila2kan. 

Anggaplah ini sebagai perkongsian, bukan untuk menunjuk2, kerana aku ingin sekali mengenali rakan2 "seperjuangan" di dalam bidang ini. Sekadar berkongsi, bukan untuk menjalankan urus niaga. Urus niaga diharamkan di blog ini. Gua tak layan bisnes2 ni, tak masuk jiwa..

Sekian.